
MAKLUMAN TARIKH HARI KEMASUKAN PELAJAR BARU PENGAJIAN SISWAZAH SEMESTER 2 SESI 2016/2017
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Tahniah! kerana ditawarkan menjadi pelajar baharu bagi Pengajian Siswazah kemasukan Semester 2 Sesi 2016/2017. Seperti yang telah dimaklumkan di dalam Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Hari Kemasukan Pelajar Baharu akan berlangsung seperti berikut :
Tarikh : 15 Februari 2017 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Besar, Kampus Sultan Azlan Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Dimaklumkan juga, saudara/saudari adalah dinasihatkan untuk mengikuti Kursus Induksi Pelajar Baharu Pengajian Siswazah sebagai pendedahan awal berkaitan dengan sistem akademik dan juga peraturan-peraturan yang berkaitan sepanjang pengajian saudara/saudari di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kursus Induksi tersebut akan dijalankan pada;
Tarikh : 16 Februari 2017 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Dewan Besar, Kampus Sultan Azlan Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Bagi memudahkan para pelajar untuk memohon cuti, pihak IPS telah menyediakan surat pelepasan/tawaran untuk dipanjangkan ke pihak majikan/Ketua Jabatan bagi memudahkan saudara/saudari hadir ke kursus ini memandangkan ia diadakan pada hari/waktu bekerja. Surat pelepasan ini hendaklah dikepilkan sekali dengan surat tawaran sementara yang telah diberikan oleh pihak IPS sebelum ini. Dilampirkan Tentatif Kursus, Senarai Penginapan dan Surat Pelepasan Pelajar ke Kursus Induksi dan Carta Alir dan Senarai Semak Proses Pendaftaran (15 Feb 2017) untuk tindakan selanjutnya.
Untuk makluman, segala kos penginapan dan pengangkutan pelajar sepanjang hari induksi ini adalah di bawah tanggungjawab saudara/saudari sendiri.
Sebarang pertanyaan lanjut, saudara /saudari boleh menghubungi seperti talian berikut :
Hari Kemasukan :
05-4505482 (En. Mohd Azuwan Zulkipli/Pn. Farhana Fawze)
Kursus Induksi :
05-4505473 (En. Mohamad Marwan Hakim / Cik Nurul Hidayah) ataupun 05-450 5538 (En. Mohd Fadli bin Sulaiman)
Senarai Penginapan Sekitar UPSI
Carta Alir Pendaftaran Kemasukan Pelajar
Sekian, terima kasih.