top of page

OBJEKTIF KUALITI INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH (IPS)

 

  • Memastikan enrolmen pelajar tempatan dan antarabangsa mengikut sasaran Petunjuk Prestasi Utama yang ditetapkan oleh Universiti.

 

  • Memastikan peratus pelajar bergraduat dalam tempoh masa mengikut sasaran Petunjuk Prestasi Utama yang ditetapkan oleh Universiti.

 

  • Memastikan peratus keciciran pelajar adalah mengikut sasaran Petunjuk Prestasi Utama yang ditetapkan oleh Universiti.

 

  • Memastikan segala pengurusan Akademik Pengajian Siswazah dibincangkan dan diperakukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Siswazah (JPS) Universiti sekurang-kurangnya sekali sebulan.

 

  • Memastikan kursus pengayaan kepada pelajar dijalankan sekurang-kurangnya sepuluh (10) kali setahun dan kursus induksi dijalankan dua (2) kali setahun.

 

  • Memastikan peratus kehadiran kakitangan ke kursus UPSI yang berunsurkan nilai murni, integriti dan akauntabiliti mengikut sasaran Petunjuk Prestasi Utama yang ditetapkan oleh Universiti.

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

 INSTITUTE OF GRADUATE STUDIES (IGS) CLIENT CHARTER

 

  1. Counter service for all matters will be entertained within five (5) minutes.

  2. Student’s application and offer letter can be checked through online and print it among/in 30 days before new student registration begin.

  3. New student’s registration process can be completed in one day.

  4. Class timetable will be issued to students in 7 days before class start.

  5. Examination slip can be review and print at least two (2) weeks before examination.

  6. Examination result will be issued at least seven (7) day before new semester begin.

  7. Decree and Viva Committee Meeting will be sent to the student in three (3) working days.

  8. Confirmation of Graduation Letter will be issued in three (3) working days after passed by Senate and submitted to students after meet the graduation requirements.

  9. Confirmation of the implementation or cancellation of training / workshop / course will be informed to the student within three (3) days before the training / workshop / course conducted.

  10. Acknowledgment of customer complaint will be issued to the complainant within one (1) working day after receiving the complaint.

 

PIAGAM PELANGGAN INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH (IPS)
 

  1. Perkhidmatan kaunter bagi semua urusan dilayan dalam tempoh lima (5) minit.

  2. Status permohonan dan surat tawaran boleh disemak dalam talian dan dicetak dalam tempoh 30 hari sebelum hari pendaftaran pelajar baharu.

  3. Proses pendaftaran pelajar baharu akan diselesaikan dalam tempoh satu (1) hari.

  4. Jadual Waktu Kuliah akan dikeluarkan kepada pelajar dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum kuliah bermula.

  5. Slip menduduki peperiksaan boleh disemak dan dicetak selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum peperiksaan.

  6. Keputusan peperiksaan akan dikeluarkan selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum semester baru bermula.

  7. Surat keputusan dan laporan Mesyuarat Jawatankuasa Viva dihantar kepada pelajar dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

  8. Surat pengesahan tamat pengajian akan dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas diluluskan oleh Senat dan diserahkan kepada pelajar selepas memenuhi keperluan syarat bergraduat.

  9. Pengesahan pelaksanaan atau pembatalan latihan/bengkel/kursus akan    dimaklumkan kepada pelajar dalam tempoh tiga (3) hari sebelum   latihan/bengkel/kursus dijalankan. 

  10. Perakuan penerimaan aduan pelanggan akan dikeluarkan kepada pengadu dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas aduan diterima.

bottom of page