

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh
Welcome, Selamat datang ke Institut Pengajian Siswazah,Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan Universiti Pendidikan yang pertama dan satu-satunya di Malaysia. Sejarah UPSI bermula dengan pembangunan Maktab Perguruan Sultan Idris pada tahun1922, maka sejak itu maktab ini telah dinaik taraf ke peringkat Universiti dengan pelbagai bidang pendidikan disediakan pada tahun 1997.
Kami merupakan pilihan pertama bagi pelajar terbaik bidang pendidikan di Malaysia dan juga menjadi tumpuan pelajar antarabangsa yang datang ke sini daripada lebih 20 buah negara. Kedudukan Kampus Sultan Azlan Shah dan Kampus Sultan Abdul Jalil terletak di bandar Tanjong Malim. Kawasan ini amat strategik kerana ia berhubung dengan pelbagai jenis pengangkutan jalan dan juga kereta api.
Institut ini menawarkan lebih 200 program pasca ijazah di peringkat Sarjana dan Kedoktoran. Kami membina dan mengendalikan program inovatif graduan kajian berkualiti tinggi dan biasiswa sejak 15 tahun yang lalu. Walaupun kami mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan, kami juga turut menawarkan pelbagai jenis kursus dan juga program mengikut pelbagai bidang yang disediakan.
Saya berharap agar laman sesawang ini menjadi platform kepada semua pelajar untuk mencari semua maklumat yang berkaitan dan sahih mengenai Institut Pengajian Siswazah. Saya menjemput semua pelajar dari pelbagai pelosok dunia untuk sertai pengalaman yang sangat menerujakan ini untuk mendalami bidang pembelajaran dan penyelidikan di UPSI
Semoga Terbaik, Cemerlang, Gemilang!
Prof Madya Dr. Ramlee bin Ismail
Dekan
Institut Pengajian Siswazah
UPSI