top of page

 

VISI

 

  • Menjana pengetahuan dengan lebih pantas melalui Pengajaran, Penyelidikan, Penerbitan, Perundingan dan Khidmat Masyarakat.

 

 

MISI

 

  • Menjadi sebuah institusi yang cemerlang dalam pendidikan siswazah untuk mencapai wawasan universiti

 

 

DASAR KUALITI

 

  • Institut Pengajian Siswazah (IPS) beriltizam akan menjadi sebuah Institut yang dapat menyumbang dan membantu mencapai visi dan misi Universiti untuk menjadi Universiti yang terulung dalam pelbagai disiplin ilmu di peringkat siswazah.

 

 

 

OBJEKTIF KUALITI INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH (IPS)

 

  • Memastikan staf Institut Pengajian Siswazah mencapai mata CPD 100% bagi setiap tahun;

  • Memastikan pertambahan pengambilan pelajar meningkat 10% setiap tahun dan jumlah pelajar tamat pengajian meningkat 20% daripada enrolmen pelajar tahun semasa;

  • Memastikan segala pengurusan Akademik Pengajian Siswazah dibincangkan dan diperakukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Siswazah (JPS) Universiti sekurang-kurangnya sekali sebulan;

  • Memastikan kursus pengayaan dijalankan sekurang-kurangnya sepuluh (10) kali setahun dan kursus induksi dijalankan dua (2) kali setahun.

 

 

PIAGAM PELANGGAN INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH (IPS)

     1.    Status permohonan dan surat tawaran boleh disemak dalam talian dan dicetak dalam tempoh 30 hari sebelum hari pendaftaran pelajar

            baharu.
     2.    Proses pendaftaran pelajar baharu akan diselesaikan dalam tempoh satu (1) hari.
     3.    Jadual Waktu Kuliah akan dikeluarkan kepada pelajar dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum kuliah bermula.
     4.    Slip menduduki peperiksaan boleh disemak dan dicetak selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum peperiksaan.
     5.    Keputusan peperiksaan akan dikeluarkan selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum semester baru bermula.
     6.    Surat keputusan dan laporan Mesyuarat Jawatankuasa Viva dihantar kepada pelajar dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
     7.    Surat pengesahan tamat pengajian akan dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas diluluskan oleh Senat dan diserahkan

            kepada pelajar selepas memenuhi keperluan syarat bergraduat.
     8.    Pengesahan pelaksanaan latihan/bengkel/kursus akan dimaklumkan kepada pelajar dalam tempoh lima (5) hari sebelum latihan/bengkel

             /kursus dijalankan.
     9.    Perakuan penerimaan aduan pelanggan akan dikeluarkan kepada pengadu dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas aduan diterima.

bottom of page