top of page

UNIT KEMASUKAN

 

Versi Bahasa Melayu

 

Soalan 1

Bagaimanakah cara untuk memohon Sarjana dan Doktor Falsafah?

 

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang IPS DISINI

 

Permohonan Tempatan:

  • Pemohon WAJIB membeli BITARA ID bernilai RM26 di mana-mana cawangan BSN

  • Satu BITARA ID hanya sah selama 1 tahun (sepanjang tahun pembelian sahaja)

  • BITARA ID adalah yuran pemprosesan untuk pemohon tempatan

 

Permohonan Antarabangsa:

Untuk melengkapkan proses permohonan, anda perlu memuat naik dokumen seperti berikut secara atas talian dan klik Submit:

 

1.  Salinan gambar berukuran passport yang diimbas

2.  Salinan passport yang diimbas (muka depan - beserta gambar dan butiran)

3.  Salinan transkrip pertama / kedua-darjah yang diimbas

4.  Salinan scroll/ surat pengesahan tamat pengajian ijazah pertama yang diimbas

5.  Salinan TOEFL / IESLT Min. Band 6) or TOEFL (Min. 550) yang diimbas

 

  • Syarat keperluan Bahasa diperlukan bagi calon yang memohon TESL dan Kesusasteraan Inggeris.

  • Jika graduan lulusan dari universiti tempatan Malaysia, sila lampirkan Medium of Instruction dari universiti terdahulu. Calon yang menghantar Medium of Instruction DIWAJIBKAN mengambil ujian penempatan Bahasa Inggeris (English Placement Test) dan English Language Proficiency Course (ELPC)

  • Bagi program bersyarat khas, ( t & c)

 

6.  Salinan kertas kerja penyelidikan (bagi Program Sarjana Mod Penyelidikan dan PhD sahaja)

7.  Salinan surat tawaran biasiswa/tajaan yang diimbas (jika ada)

8.  DAN salinan yuran pemprosesan yang diimbas. Butiran seperti di bawah:

 

Yuran pemprosesan adalah RM100.00, sila bayar dalam bentuk Bank Draf Antarabangsa (ATAU)  

Transfer Telegraph:

Bank Penerima                  : Bank Islam Malaysia Berhad

Kod Swift                           : BIMBMYKL

Penerima                            : Universiti Pendidikan Sultan Idris

Nombor Akaun Penerima : 08068010003264

 

Soalan 2 

Bilakah saya boleh memohon?

 

  • Anda boleh memohon sepanjang tahun.

 

Soalan 3 

Apakah syarat umum kemasukan bagi program Sarjana dan Doktor Falsafah?

 

Syarat umum kemasukan bagi Sarjana :

  • Anda boleh klik disini untuk maklumat lanjut

 

Syarat umum kemasukan bagi PhD:

  • Anda boleh klik disini untuk maklumat lanjut

 

Soalan 4 

Adakah terdapat syarat khas selain daripada syarat umum?

 

  • YA, bagi setengah program yang mempunyai syarat khas sahaja. Anda boleh terus klik disini

 

Soalan 5 

 Adakah anda menawarkan program selain daripada Pendidikan?

 

  • YA.

 

Soalan 6 

Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat berkaitan program yang ditawarkan?

 

        

Soalan 7

Sekiranya saya membuat permohonan sekarang, bilakah saya akan mendapat tawaran?

         

Permohonan Tempatan:

  • Anda akan mendapat tawaran sebulan sebelum hari pendaftaran

 

Permohonan Antarabangsa:

  • Anda akan mendapat Surat Tawaran Sementara dalam masa 5 hari bekerja bagi PhD dan Sarjana Mod Penyelidikan dan 3 hari bekerja bagi Mod Campuran dan Kerja Kursus setelah dokumen anda diproses.

          

Soalan 8 

Bolehkah saya mendapatkan surat tawaran awal?

 

Permohonan Tempatan:

YA, seperti syarat di bawah:

  • Anda mendapat tajaan biasiswa

  • Anda perlu menghantar surat permohonan rasmi kepada Dekan, IPS.

 

Permohonan Antarabangsa:

YA, Terma dan Syarat

 

           

Soalan 9 

Bilakah saya akan mendapat surat tawaran?

 

  • Keputusan akan dihebahkan melalui email.

          

Soalan 10 

Bagaimanakah cara untuk menyemak status permohonan saya?

 

  • Anda boleh menyemak status permohonan dengan klik disini 

 

Soalan 11 

Bilakah pengambilan di lakukan?

 

  • Pengambilan di lakukan pada bulan Februari dan September

 

Soalan 12 

Bolehkah saya mendaftar awal?

 

Permohonan Tempatan

  • YA, anda perlu menghantar surat rasmi makluman pendaftaran awal kepada Dekan, IPS di email  disini

 

Permohonan Antarabangsa:

  • YA, Terma dan Syarat

 

Soalan 13 

Bolehkah saya mendaftar lewat?

 

  • YA, terma dan syarat seperti di bawah:

 

Permohonan Tempatan

  • YA, anda perlu menghantar surat rasmi makluman pendaftaran lewat kepada Dekan, IPS.

 

Permohonan Antarabangsa:

  • YA, Terma dan Syarat

 

Soalan 14 

Bolehkah anda huraikan struktur pengajian yang ditawarkan di UPSI?

   

Anda boleh rujuk jadual di bawah:

bottom of page